Tahun 2009

Pada tahun ini, En Ismail cuba memperkenalkan Gaun Muslimah rekaannya sendiri, dengan ikatan tudung ala gipsi mengikut cara beliau yang tersendiri. Idea ini timbul setelah beliau meneliti secara terperinci beberapa siri majalah pengantin, di mana tidak ada satu pun Gaun Muslimah ditonjolkan. Rekaan gaun yang sedia ada sangat tidak sesuai dengan seorang muslimah kerana ianya tidak menutup aurat dan kelihatan sangat seksi.

 

Berdasarkan senario ini dan juga dengan mempertimbangkan banyak permintaan dari para pelanggan yang menginginkan untuk menyarung sehelai gaun yang cantik tetapi masih memenuhi ciri-ciri muslimah, maka En Ismail akan cuba mengetangahkan konsep gaun muslimah ini pada tahun ini. Beliau begitu komited untuk cuba merealisasikan impian bakal-bakal pengantin muslimah, Insya-Allah.

Pada tahun ini juga, En Ismail merancang beberapa idea gabungan warna-warna unik dengan padanan-padanan yang kelihatan moden, elegan dan ekslusif seperti Hitam dan Putih, Merah Jambu dan Putih, Biru dan Putih, Ungu dan hitam, Merah dan Hitam, Biru dan hitam serta Kuning dan Hitam.

Halaman: 1 2 3